Berita tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan Sains di Universti Malaya sungguh mengembirakan Ana dan seisi keluarganya. Hari pertama melangkah masuk ke menara gading sememangnya mengujakan Ana. Selepas selesai mendaftar di Kolej Kediaman Ke-7, Ana serta keluarganya yang datang menghantarnya terus beredar ke Blok C di mana dia akan menginap selama 2 semester di bilik bernombor C214. “Awak dapat bilik istimewa nampaknya.”, kata Pembantu Mahasiswa yang memberikan kunci pintu bilik kepadanya. Ana gembira kerana diberi keistimewaan itu walaupun hati kecilnya berkobar-kobar untuk mengetahui apakah sebenarnya ke'istimewa'an yang dimaksudkan oleh kakak PM itu tadi. Setibanya mereka di bilik yang dimaksudkan itu, ianya masih belum berpenghuni. Ana yang pertama sampai di bilik tersebut tertanya-tanya siapkah yang bakal mengisi katil kosong di ruangan sebelah kiri bilik itu.
Selepas makan tengahari dan solat Zohor, keluarga para freshies beransur pulang kerana pada pukul 2 petang, bermulalah minggu haluansiswa yang pastinya akan menjadi kenangan para siswa-siswi. Menurut catatan di dalam tentatif program Minggu Haluansiswa kali ini, banyak aktiviti yang perlu dilalui oleh para pelajar Tahun 1 yang baru sahaja menjejakkan kaki ke UM. Selepas selesai mengikuti taklimat dan pembentukan kumpulan-kumpulan yang dikenali sebagai sel, mereka berhenti rehat untuk solat Asar dan seterusnya minum petang. Selepas itu sesi ice breaking, pemilihan ketua-ketua kumpulan dan Penghulu KK7 serta riadah petang dijalankan. Pada pukul 6.50 petang, para pelajar masuk ke bilik masing-masing dan seterusnya menyiapkan diri untuk solat Maghrib. Ana masih sendiri di biliknya, katil yang 1 lagi itu masih belum ada penghuninya. Selesai kuliah Maghrib dan solat Isyak, mereka menjamu hidangan makan malam di dewan makan yang diberi nama Dewan Nukleus. Aktiviti ice breaking dilanjutkan lagi dan disusuli dengan aktiviti mencipta sorakan bagi kumpulan masing-masing serta sorakan untuk Kolej Kediaman ke-7 oleh para pembantu mahasiswa yang menggelarkan pasukan sorak itu sebagai Krash Kozz. Selepas selesai menikmati supper lebih kurang pada pukul 11 malam, mereka dibenarkan untuk balik ke bilik masing-masing.
Bilik C214 masih lengang, rakan sebilik Ana masih tidak kelihatan. Selepas selesai membersihkan diri yang keletihan akibat perjalanan yang agak jauh dari Kuantan, Pahang dan kemudian disusuli dengan aktiviti-aktiviti yang perlu dilalui olehnya sehingga lewat malam tadi, cukup untuk membuat Ana tidur nyenyak pada malam itu. Ketika Ana sedang lena dibuai mimpi, tiba-tiba kedengaran ketukan pintu dari luar biliknya diikuti dengan suara geselan anak kunci dengan tombol pintu seraya pintu biliknya dibuka perlahan-lahan.
Tanpa memberikan salam, seorang siswi senyum kepadanya lalu masuk ke dalam bilik tersebut tanpa membawa sebarang beg bagasi. Gadis yang memakai baju-T putih dan seluar trek hitam itu kelihatan pucat lesu dan terdapat sedikit celorong-celoreng di wajah dan pakaiannya. Rambutnya yang panjang itu juga kelihatan tidak diikat dgn rapi. Mungkin saja akibat jadual aktiviti yang agak padat menyebabkan gadis itu tidak sempat untuk membersihkan diri, bisik hati Ana.
Dalam keadaan yang mengantuk dan kepala terasa agak berat untuk bangun, Ana menggagahkan diri untuk duduk dan bertegur sapa dengan rakan sebiliknya itu yang sedang duduk di atas katil yang terletak bertentangan dengan katilnya. Terdapat 2 buah almari yang terletak di utara bilik itu dan meja belajar yang terletak di selatan bilik. Manakala katil mereka masing-masing terletak di timur dan barat bilik serta dua buah tingkap yang masing-masing terletak kira-kira 3 kaki dari hujung kaki katil mereka. Mereka rancak berbual dan berkenalan sehingga tidak menyedari yang malam semakin larut.
Sebelum tidur, teman sebilik Ana yang mengenalkan dirinya sebagai Mariah menceritakan peristiwa yang pernah berlaku di kolej kediaman tersebut kira-kira 10 tahun yang lalu. Menurut ceritanya itu, seorang siswi telah hilang ketika melakukan aktiviti mendaki bukit yang terletak kira-kira 1 km daripada asrama mereka dalam minggu haluansiswa. Ana berasa simpati atas nasib yang menimpa siswi itu. Sebelum melelapkan mata, Ana sempat bertanya kepada Mariah jika pelajar itu berjaya ditemui lantas Mariah menjawab, “Pelajar itu masih belum ditemui tapi kini dia masih menetap di kolej ini.” Ana yang sedikit kebingungan dengan kenyataan Mariah itu, tidak lagi mampu untuk berfikir dan terus melabuhkan tirai mindanya dalam lautan mimpi.
“Kring..Kring..Kring…” jam penggera telefon bimbit Ana berbunyi seawal 6 pagi. Ana yang masih lagi mengantuk akibat tidur lewat pada malam semalam terus bangkit dari katil dan menekan suis lampu. Ana menjenguk Mariah tetapi dia suda tidak ada di katilnya. Mungkin saja Mariah suda ke bilik mandi. Angin Subuh yang dingin menghembus masuk ke dalam bilik melalui tingkap di hadapan katil Mariah yang terbuka luas. Ana yang menggigil kecil lantas mengambil tuala dan keluar menuju ke bilik mandi. Bersambung…….

Hasil nukilan,
Leezan Alee
♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣♣

.jpg)

.jpg)

.jpg)
Raya Pertama: Aku nda pg mana2 pun sbb aku jg anak2 buah di rumah..familyku yg lain pg beraya di rumah nenek..lgpun aku kenak stand by di rumah sbb ptg tu aku pny bakal mertua & ipar duai mau dtg beraya di rumahku..hehe~ ;) nervous juak aku sbb ni 1st time family bf termasuk parentsnya dtg pg rumah..Alhamdulillah,semuanya ok jak..heee~ ;D
Raya ke-3: Jam 6 lbh aku suda bgn sbb aku kenak urus skirting meja buffet..pastu aku disuruh sapu keliling rumah & cuci longkang..kalau pinggangku ni ada screw,confirm tecabut suda pagi tu juak..gagaga~ pastu aku susun perabot & vacum ruang tamu..ramai juak jemputan yg dtg,ada dlm 200 org sbb majlis tu dr jam 10 pagi smpai jam 5 ptg..malam pun ada lg yg dtg..mmg separuh pengsan la juak hari tu..kuikui~
Raya ke-4: Hari ni yg paling best sbb bf ku dtg dr LD..weee~ ;) dia smpai umahku tgh hari pastu kami beraya jap di rumah iparnya..pastu kami amik Ratna & mkn2 di Restoran Kayu Manis..dlm jam 3 ptg dia balek LD..tsk~ =(
Raya ke-5: Siang aku di rumah jak,malam tu aku,big bro Joe,sis Lina & lil bro Aliff pg mkn2 di Restoran Kayu Manis jgk....jpg)
.jpg)

Ni gambar time jalan2 sama sis Lina time dia dtg p KL hari tu..09/09/09 ni aku balek Tawau..yaaa bedaaa beduuu!!~ ;) tp tula,b4 balek aku mau kasi selesai semua urusan penghantaran shawls..dakkan la ku mau angkut bawak balek Sabah kan..nnt nda pasal2 overload pulak..huhu~
Bought new cardigan from Zara KLCC~